Thursday, August 5, 2010

Hati Bersedih?? jom RAWAT



Senyuman adalah satu sihir yang halal, senyuman adalah tanda ingin menjalin persaudaraan, wang pendahuluan bagi hati yang bersih, risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan melenyapkan bongkahan-bongkahan permusuhan. Senyuman mampu melepaskan tali kebencian, mengusir bisikan-bisikan kedengkian, membersihkan kotoran-kotoran kebencian dan mampu mengusap luka terputusnya hubungan persaudaraan.
Rasulullah bersabda:
تبسمك في وجه أخيك صدقة
‘’senyumanmu terhadap saudaramu adalah sedekah’’
Hal ini tidak lain kerana, dengan senyuman, kita telah memunculkan perasaan senang dan bahagia dalam hatinya. Dengan wajah yang penuh senyuman dan ceria, kita telah memikat hatinya dan dengan wajah yang cerah penuh persaudaraan bererti kita mampu menyejukkan hawa panas dalam dirinya.

Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan simpati dan kasih sayang orang lain, maka tersenyumlah kepada semua orang. Kerana dengan senyuman, sesorang itu dapat menghapuskan rasa benci dan dengki dari hati orang lain dan dapat mencabut duri dari dalam jiwa mereka. Tersenyum merupakan ubat yang sangat mujarab yang dianjurkan para Ulama ahli Nasihat. Sesiapa yang ingin mendapatkan kebaikan oleh Allah taala, maka Dia memberinya kurnia berupa akhlak yang mulia, hati yang lembut dan wajah yang cerah dan dihiasi dengan senyuman kepada saudaran-saudaranya. Satu senyuman yang mampu memberi cahaya ketenangan dan lembutnya hembusan angin kedamaian.
Hendaklah orang yang berwajah masam, merengut dan berakhlak tercela sedar bahawa sebenarnya yang akan merugi, bukan orang lain, akan tetapi dirinya sendiri. Ia akan kehilangan orang-orang dekatnya kerana dengan wajahnya yang merengut dan masam, bererti dia telah mengusir kawan-kawannya dan mensesiakan jalinan persahabatan yang sangat mahal harganya. Satu jalinan persahabatan yang demi keutuhannya seseorang rela megorbankan harta kekayaannya yang dibuat dari emas dan perak.
Allah taala berrfirman:


‘’Dan yang mempersatukan hati mereka( orang-orang yang beriman ). Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.’’ (al-anfal (8):63)
JOM SENYUM
;