Thursday, August 5, 2010

Hati Bersedih?? jom RAWAT



Senyuman adalah satu sihir yang halal, senyuman adalah tanda ingin menjalin persaudaraan, wang pendahuluan bagi hati yang bersih, risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan melenyapkan bongkahan-bongkahan permusuhan. Senyuman mampu melepaskan tali kebencian, mengusir bisikan-bisikan kedengkian, membersihkan kotoran-kotoran kebencian dan mampu mengusap luka terputusnya hubungan persaudaraan.
Rasulullah bersabda:
تبسمك في وجه أخيك صدقة
‘’senyumanmu terhadap saudaramu adalah sedekah’’
Hal ini tidak lain kerana, dengan senyuman, kita telah memunculkan perasaan senang dan bahagia dalam hatinya. Dengan wajah yang penuh senyuman dan ceria, kita telah memikat hatinya dan dengan wajah yang cerah penuh persaudaraan bererti kita mampu menyejukkan hawa panas dalam dirinya.

Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan simpati dan kasih sayang orang lain, maka tersenyumlah kepada semua orang. Kerana dengan senyuman, sesorang itu dapat menghapuskan rasa benci dan dengki dari hati orang lain dan dapat mencabut duri dari dalam jiwa mereka. Tersenyum merupakan ubat yang sangat mujarab yang dianjurkan para Ulama ahli Nasihat. Sesiapa yang ingin mendapatkan kebaikan oleh Allah taala, maka Dia memberinya kurnia berupa akhlak yang mulia, hati yang lembut dan wajah yang cerah dan dihiasi dengan senyuman kepada saudaran-saudaranya. Satu senyuman yang mampu memberi cahaya ketenangan dan lembutnya hembusan angin kedamaian.
Hendaklah orang yang berwajah masam, merengut dan berakhlak tercela sedar bahawa sebenarnya yang akan merugi, bukan orang lain, akan tetapi dirinya sendiri. Ia akan kehilangan orang-orang dekatnya kerana dengan wajahnya yang merengut dan masam, bererti dia telah mengusir kawan-kawannya dan mensesiakan jalinan persahabatan yang sangat mahal harganya. Satu jalinan persahabatan yang demi keutuhannya seseorang rela megorbankan harta kekayaannya yang dibuat dari emas dan perak.
Allah taala berrfirman:


‘’Dan yang mempersatukan hati mereka( orang-orang yang beriman ). Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.’’ (al-anfal (8):63)
JOM SENYUM

Tuesday, May 25, 2010

pencuci hati


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا عَلِي ! للمؤمنِ ثلاثُ علاماتٍ : بُغْضُ المالِ وبُغْضُ النِسَاءِ وبُغْضُ الكَلَامِ في أَعْرَاضِ النَاسِ
Rasulullah S.A.W bersabda,
wahai Ali, bagi orang mukmin itu tiga tanda, tidak sukakan harta dan tidak sukakan wanita dan tidak suka bercakap tentang keburukan manusia.

Wahai sahabat, perkara utama yang menjadi tugas penting dalam diri seorang mukmin ialah berdawah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran. Ini merupakan tuntutan keimanan kita yg perlu diselesaikan. Namun, adakah kita benar2 serius dalam mengerjakan perkara ini atau sekadar semangat yg mampu padam pada bila2 masa sahaja??? Jadikanlah hadis yg sempat dikongsikan ini sebagai peringatan kepada kita dalam meningkatkan mutu iman.


Mulakanlah Dengan Bismillah
Sudahilah dengan Alhamdulillah

Awali langkah hari ini
dengan kalimah yang suci
Harungi dengan tulus hati
kedamaian akan ditemui

Akhiri langkah hari ini
memuji pada Ilahi
banyak sedikitnya Rezeki
Syukuri Apa yang diberi

Mulakanlah Dengan Bismillah
Sudahilah dengan Alhamdulillah

Kejayaan yang didapati
Semata Amanah Ilahi
Bersyukur senantiasa berbagi
agar Hidup murah Rezeki

Kegagalan yang ditemui
jadikan sebagai Motivasi
karena langkah sedang diuji
jangan menyerah berjuang kembali

Sunday, April 18, 2010

sheila majid dan kebaya mahal



Ramai juga insan yang dikelilingi kemewahan hidup namun hatinya bagaikan gersangnya dipadang pasir. Kosong, hambar, tawar, panas dan pelbagai lagi keresahan yang mencengkam jiwa. Wang berjuta, pakaian mewah jutaan ringgit,, kereta mewah berderet, isteri-isteri yang jelita, anak-anak yang ramai dan pelbagai lagi tidak menjamin dapat rasa bahagia dan tenang. Justeru apakah nilai sebenar yang mampu menyejukkan hati dan menyamankan jiwa?

Nilai yang dapat mengisi jiwa manusia hakikatnya tidak terpahat pada kilauan berlian, kerlipan emas, kejelitaan wajah dan lain-lain. Oleh itu dimanakah kita dapat mencarinya? Apakah nilai yang membahagiakan itu sebenarnya tidak wujud atau ia sengaja disembunyikan kerana takutkan sesuatu?

Lantaran itu jangan lah kita tertipu ibarat seorang yang sedang kehausan dipadang pasir dengan kilauan Fatarmorgana yang disangkakan air.

Fatamorgana itu dihidangkan kepada rakyat dengan semakin hebat oleh media massa hari ini. Semakin mendekati kiamat, semakin galak media massa cetak, elektronik dan maya menonjolkan fatamorgana untuk menghilangkan ‘dahaga’ ruh masyarakat. Nilai yang hakiki disembunyikan atau sekadar dijadikan kosmetik buat mengelabui mata rakyat.

Fatamorgana terbaru disiarkan oleh Utusan Malaysia mengenai kebaya bertatah berlian dan permata yang bakal masuk senarai Guinness World of Records. Ia diperagakan oleh penyanyi Datuk Sheila Majid.

Dalam laporan tersebut, Datuk Sheila Majid menyatakan perasaannya, "Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya malam ini apabila memikirkan kebaya yang bernilai berjuta-juta ringgit disarungkan ke tubuh saya".

Sepatutnya kenyataan tersebut mengungkapkan, “Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya malam ini kerana terpaksa memakai pakaian mendedahkan aurat. Meskipun ia mahal namun aurat saya jauh lebih berharga dari nilai baju jutaan ringgit itu. Aurat saya adalah rahsia serta maruah saya sebagai wanita muslim. Sekali-kali saya tidak akan tukarkannya dengan sedikit nilai duniawi yang tidak mendapat tempat di sisi Allah”.

Ungkapan itu jika diluahkan dari hati berjiwa hamba kepada Allah akan memberi nilai yang tidak dapat dibeli dengan wang berjuta sekalipun. Inilah hati yang mewah dengan iman. Inilah jiwa taqwa yang bernilai ekslusif di sisi Allah swt. Sepatutnya kenyataan seperti ini lah yang diucapkan apabila beliau menghubung kaitkan dengan nama Allah..

Apalah sangat kebaya jutaan ringgit jika disebalik kilauan permata dan berlian itu hanya terdapat murka Allah. Kemurkaan itu bukan setakat fesyen pakaian yang mendedahkan aurat bahkan juga pada pembaziran yang dibuat semata-mata untuk sepasang baju!. Baju itu tetap juga namanya kebaya.,apa guna jika nyawa terancam. Kalau rasa nyawa tak terancam kenapa harus ada polis mengawalnya..ini bermakna nyawanya senilai harga kebaya itu sahaja ..

Jika ditanya siapa yang mahu bertemankan syaitan... saya percaya ramai yang tidak sanggup. Tapi siapa yang mahu berdekat dan berbaik dengan Allah... pasti ramai yang mahu. Namun sekadar berteori di lidah tidak bertulang, tiada maknanya. Sedangkan perbuatan kita menurut apa yang syaitan suka.

Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai adik-beradik syaitan. Wah... hebat... bukan setakat bersahabat, bahkan sudah ada ikatan silaturrahim secara rasmi sebagai adik - beradik.



Allah berkata dalam surah al-Isra’, ayat 26 dan 27,


Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing serta janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Alangkah baiknya jika nilai jutaan ringgit itu dibelanjakan buat golongan fakir dan miskin yang masih ramai tidak memiliki kediaman.

Malaysia Boleh!

Semata-mata untuk menunjukkan Malaysia serba boleh, bukanlah dengan membelakangi tuntutan al-Quran dan as-sunnah. Nilai apa yang ada pada Guinnes World of Records itu? Rekod tersebut dicipta oleh siapa dan apa tujuannya yang sebenar? Memburu yang tertinggi, terbesar, terbanyak, terpanjang dan segala macam ‘ter’ lagi di dunia ini sinonim dengan mencari ketinggian di mata manusia. Sedangkan ganjaran syurga di akhirat itu disediakan untuk mereka yang tidak mencari kedudukan yang tinggi di dunia. Sebaliknya berusaha menjadi hamba yang sentiasa merendah diri kepada Allah. Hamba yang merendah diri kepada Tuhannya ialah yang mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Masih terdapat ruang untuk menjadi ‘ter’ di dunia ini iaitu mematuhi dan melaksanakan undang-undang Allah sepenuhnya di bumi Malaysia yang bertuah.ini. Dalam konteks dunia hiburan, laksanakan hiburan cara Islam. Islam bererti selamat dan aman. Jika cara lain yang kita cari dan usahakan, maka tunggulah hasil kerosakan yang disebarkan di dunia fana ini memberi natijah buruk di akhirat kelak.

Allah berkata di dalam surah Al-Qasas, ayat 83,

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Justeru itu fikir-fikirkan... kemewahan di dunia yang kita mahu atau kemewahan syurga di akhirat yang kita harapkan?

Friday, March 26, 2010

Indahnya Ciptaan Ilahi


Bunga suci menghiasi bumi
Diwarnai melodi kicau menyanyi
Irama sungai menambah seri
Ketenangan pagi mendamaikan hati

Ayam berkokok di pagi hari
Sinar sang suria mencerahkan bumi
Air yang tenang tidak terperi
Diceriakan rona-rona pelangi


Sedarlah saudara sekalian
Tidak terkira segala kurniaan
Di manakah letaknya kesyukuran
Jika kita lakukan kerosakan


Dengarlah saudara sekalian
Jika hari ini kita binasakan
Tiada apa lagi untuk diwariskan
Ciptaan Tuhan harus dikekalkan

Begitu indah ciptaanTuhan
Bagai lautan tak bertepian

Warna-warni bintang berkilauan

Oh ciptaan-Nya tiada tandingan


Begitu indah ciptaan Tuhan
Luasnya permukaan lautan
Burung berterbangan di awangan
Tumbuhan menyubur di daratan

Oh indahnya ciptaan Tuhan

Jangan binasakan!

Friday, February 19, 2010

Istiqamahkah KITA?

SEBUAH CERITA....

******************************************

Pada zaman dahulu kala, di negeri Pasir Berdengung, hidup seorang panglima perang yang sangat terkenal kerana memiliki kepakaran memanah yang tiada tandingannya.Suatu hari, Sang Panglima ingin melihatkan kepakarannya memanah pada khalayak ramai. Ia pun memerintahkan parajurit bawahannya agar menyiapkan papan sasaran barserta seratus batang anak panah. Setelah semua siap, panglima itupun mula melepaskan satu persatu anak panah yang telah dipasang lantas terbenam tepat ke sasarannya. Rakyat bersorak dan bersiul menyaksikan kehebatan Sang Panglima dalam memanah.

Dengan wajah berseri2 dan penuh kebanggaan, Panglima itu berucap, "Lihatlah panglimamu ini,kepakaran memanahku tiada tandingannya di seantero negeri ini". Semua penonton brteriak memuji, "Hebat!,Hebat!Hebat!" namun di celah-celah teriakan pujian tersebut, tiba-tiba muncul seorang penjual minyak yang dilihat sudah uzur.
Ia berkata dgn keras,"Panglima memang hebat!Tetapi, kepandaian panglima itu hanyalah kebiasaan kecil yang dilatih terus menerus!"

Tersentak Sang Panglima dan penonton mendengar kelancangan orang tua penjual minyak itu tanpa mengerti tujuan perkataannya. Merasakan tanggapan orang terhadapnya aneh, orang tua itupun berkata,"Tunggu sebentar," sambil beranjak dari tempatnya, lalu mengambil sebuah syiling kuno yang berlubang kecil ditengahnya. Syiling itu diletakkan di atas mulut botol guci minyak kosong. lalu dengan penuh keyakinan, dia menuang minyak dari atas kedalam botol melalui lubang kecil ditengah syiling tadi. Tiada setitispun minyak yang terkena syiling tersebut!

Melihat perbuatan Si Tukang minyak, panglima perang dan penonton tercengang, lalu bersorak-sorak menyaksikan pertunjukan kepakaran Si Tukang Minyak. Dengan penuh kerendahan hati,Si Tua tukang minyak itu membongkokkan badan memberi hormat kepada Sang Panglima seraya mengucapkan kalimah bijaknya,"Kebiasaan yang diulang terus menerus,akan melahirkan kepakaran" Panglimapun menundukkan kepala membalas hormat dari orang tua si penjual miyak.

*****************************************

Dari kisah ini, kita boleh mengambil satu hikmah iaitu, kebiasaan adalah satu kekuatan. Habit is Power. semakin kerap kita melakukan sesuatu, semakin terampil diri kita. Apatah lagi jika kita sudah menjadikannya kebiasaan. Begitu juga dalam ibadah. samaada ibadah itu khususi mahupun umumi. Pada permulaan ibadah, memang banyak kekurangan, halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Namun, pabila ia dikerjakan dengan berterusan dan penuh mujahadah, ia pasti menjadi ringan....
Samalah bagi sesiapa sahaja yang berduka dalam berdakwah...Lemah disebabkan halangan,cabaran, tiada sokongan dan sebagainya bisa diatasi dengan tidak berputus asa dan memohon pertolongan dari Sang pencipta, ALLAHU Rabbul Alamin...

Dalam usaha mengembangkan potensi diri, kita memerlukan KARAKTER BERJAYA. Ia hanya mampu terbentuk melalui pemikiran positif yang berterusan, optimis,disiplin, menepati janji dan bertanggungjawab. inilah yang harus dipertahankan terus-menerus.Telanlah kesusahan,kesakitan dan kepahitan yang sementara, demi kesenangan dan kemanisan kelak....kuharap kata-kataku mampu dikotakan dengan perbuatan. Ayuh kita sama-sama berusaha dan mengharapkannya dari DIA Sang Hidup tiada mati...........
;